Monday, July 20, 2009

...sabarlah dan syukurilah...

Pejam celik pejam celik dah masuk mggu ke 3 aku di tempat baru dan di dalam semester baru...dan hari pertama mggu ketiga(hari isnin), aku tak dpt hadir ke kelas sbb demam..semalam pergi ke rumah abang luqman mmg da rasa tak sedap bdan...pulang je ke kampus mlm, mmg da tak watpe da...terus tdo...dan pagi tadi pon mmg tak larat nak ke kelas...rugi untuk sehari ini tanpa bertandang ke kelas neurology, electrotherapy dan kelas bel(english)...tapi anggap ini semua dugaan sebagai seorang penuntut ilmu yang Allah turunkan padaku...so, ingatkan pada dri ini...SABARLAH....

mmg tak dinafikan perjalanan hidup di tmpt baru yang jauh di ceruk pedalaman mmg memenatkan...sebab tak pernah terlintas di hati untuk tercampak di sini...tak pernah terlintas di hati akan menjadi seorang penuntut ilmu di dalam bidang physiotherapy ini....kerana bidang ini memerlukan wang perbelanjaan yang byk untuk bermacam2...untuk baju uniform, buku yang beratus2 rggt, duit makan lagi, yuran itu ini...tidak pernah terlintas dihati akan melalui semua ini...tetapi, aku sebagai hambaNya perlu redha dan bersyukur dengan setiap aturan yang telah ditetapkan untuk seorang manusia kerana aku yakin setiap yang diaturkanNya ada hikmah dan kebaikan untuk diriku sendiri ...aku sebagai hamba hnya mampu untuk berusaha untuk menjadikan diri lebih bersyukur akan nikmatNya...SYUKURLAH....

hm, setiap pagi di sini mesti akan melalui satu binaan yang cukup indah ciptaannya(tetapi tidak dapat menandingi ciptaanNya)iaitu tangga batu caves@tangga maut...huhu...perjalanan untuk turun ke fakulti mengambil masa 15minit untuk ke dewan kuliah..dan sem ni mmg tak tipula mmg sangat meletihkan sbb kelas setiap hari penuh kecuali hari jumaat...so, kalo byk2 hari skrg ni mmg suka sgt kat hari jumaat...hehe...kelas penuh sbb tempoh pengajian mejadi singkat ke 10week shj sbb 4mggu berikutnya akn menghabiskan masa untuk clinical di hospital...clinical yang bakal menyaksikan sejauh mana ilmu yang aku peroleh dpt dipraktikkan kpd pesakit...dapat hospital mana pon masih belom diketahui...dan permulaan clinical pada hari raya KEDUA...huuuuu~~~dan kehidupan aku disini teruji lagi apabila makan di sini ssh untuk diperolehi...ad 2 ada tapi still tiada pilihan yang byk...smpikan tak tahu nak makan apa....dan mahal...tapi hati cpt2 memujuk diri supaya jadi insan yang bersyukur...makan saja apa yang ada, jangan merungut!!!!SYUKURLAH dengan nikmat yang Dia berikan...SYUKURLAH!!!

Kelas sem ni mmg best....dan terdiri drp 4 core subjek-neurology(paling best sbb lecturer best...hehe..), electrotherapy(memerlukan pemahaman dan kene byk tny), musculoskeletal(focus about fracture)n cardiorespiratory(perlu pasang telinga sepanjang lecture...hehe)neuro best sbb awal2 belajar pasl reflex.. most interesting about baby reflex(cutenyeee), belajar ketuk2....time practical wat deep tendon reflex...umi wat kat aku sume lmbt efek...encik haidzir buat pon takde efek jgk...huhu...smpikan dy kata 'ajaib la awak ni...'huhu...apa2 pon perjuangan harus diteruskan dalam mencapai kejayaan di dunia juga di akhirat...

hm,SABARLAH dan SYUKURLAH....setiap aturan mempunyai hikmah tersendiri...SABARLAH kerana ia tidak merugikan malah kita akan merasakan kemanisan iman...SYUKURLAH kerana ia bukti penghambaan kita sebagai hambaNya yang tunduk dan patuh kepadaNya...SABAR adalah sebahagian daripada iman...SYUKURLAH... ia pasti membuat kita tersenyum dan menjadi tenang...

walluhua'alam....:)

1 comment:

  1. serba sedikit tntg kehidupan di puncak alam...
    nak kongsi pengalaman, boleh komen...huhu...

    ReplyDelete